"I CHERISH MY FRIENDS WHEN I CALLED ONE 'A FRIEND'. AND I HAVE THEIR BACK FOR THOSE WHO ARE NEAR ME.
THOSE THAT I HELD AS A FRIEND, THEY WILL NOT ONLY BE A FRIEND, BUT THEY ARE A FAMILY."

Sunday, February 20, 2011

ekinchentaadie



This is what we call LOVE. Kami mula-mula kenal pada 23hb Mei 2008. Waktu tu, aku tengah patah hati bila dapat tahu bf aku tengah in the middle nak mintak putus bulan Jun nanti. So, aku decide tuk pergi jumpa dengan kawan baik aku, N. N bawak aku balik rumah lepas makan kt kedai mak dia. After spend a few hours di rumah N (Tido. LOL. Letih sebab heartbroken.)

After that, mak dia pulang, so aku bangun and duduk kat ruang tamu. Ingat lepas tu nak gerak lah. And waktu tu lah, si dia ni yg dari aku sampai duk tidur lps pulang dari kelas, tgh bersiap-siap nak ke keluar. So, time tu lah aku kenal dia. Since dia pun nak pinjam motor N, N suruh dia yang hantar aku pergi DT. Baru kenal dah naik motor sama-sama. Haha. Aku pernah pergi openhouse Raya rumah N sebelum ni, buat kat dewan belakang rumah. Tapi, yelah, aku pun tak pernah nya nak pandang kiri kanan if pergi mana-mana. So, dia ada je kat situ, cuma aku je yang tak pernah perasan kewujudan dia. Yelah, dia pun tak pernah pun perasan adanya aku time tu kan, haha. Mungkin waktu tu belum tiba masa untuk aku kenal dia.

Since then, aku selalu jugak kadang-kadang terserempak dengan dia kat DT. Bila terserempak, aku akan tegur dia. Bila aku sampai je DT, aku nampak dia, aku terus pergi tegur dia. Yelah, pergi kat dia lagi best dari duduk dgn bf aku yg dah niat nak tinggalkan aku tu kan. Haha. Jahat aku ni.

Anyway, later bulan Jun, officially aku break dgn bf aku tu. And kebetulan N sms ajak casting extra untuk filem Hooperz pada 21hb Jun 2008. So, aku pun pergi lah, dengan tJ-tJ sekalian. (tJ tu theJOBBORS. kengkawan aku merangkap anak-anakunder aku). So, bila aku tiba je kat scene shooting, dia ada kat situ, ambil kedatangan.

Later time kat scene, dia duduk sebelah aku. Mula-mula aku tak perasan. Baik punye duduk rapat je sebelah kiri aku macam lah ruang limited. Tu yang aku pikir la kan. Haha. But then, aku wat dek je. Pastu aku dengar la, budak-budak yang kat sebelah tu cakap, "ko ni selambe je duduk sebelah awek tu". Lepas tu aku dgr dia cakap, "ala, dia kawan abg aku la". So, pastu baru la aku sedar, dia yg duduk sblh aku rupenye, hahahahaha. Kelakar kan aku ni.

After that, sepanjang aku kat scene shooting selama 3hari tu, (2hari je sebenarnya, tapi ada tambah lagi extra 1day untuk re-shoot), dia asyik dengan aku je, adanya aku, adanya dia juga kat sebelah. Huhu. Sampaikan tJ kata, "mama dah ada papa baru, kami dapat papa tiri". Haha, mengong nye budak-budak ni.

-ni lah dia, macam ni lah selalu sepanjang 3 hari shooting tu, sentiasa ada je kat sebelah aku-

Hari kedua ke ketiga, tengah-tengah duduk berseronok main game sambil recess, dia sandar kat kaki S kot, pastu S geli-geli plak. Haha, so, dia sandar kat kaki aku pulak. Tapi aku ape kisah, selambe je la, yelah, aku ni pun steady je, apedehal. Tapi tiba-tiba dia boleh pulak peluk kaki aku lepas tu main belai-belai kaki aku. Haha, ah sudah, but knowing me, aku still steady lagi takde la terfeeling ke apa, sebab bak kata kawan-kawan rapat aku, aku tak macam perempuan dah. Anyway, kat situ aku dah terase dia ada hati kat aku. Wat tak tau jelah. Tak nak cakap pape.

Sejak dari lepas shooting tu, aku selalu lepak dengan dia. Sebelum tu selalu lepak dengan Z je kat KJ, dari tgh hari sampai lah ke malam, meluahkan perasaan. Huhu. Kali ni, aku lepak dengan Z, dia pun ada sekali. Then, ada lah, berjalan dengan dia pergi mana-mana ada la a few times jugak. 1st time dia ajak aku on a date pada 9hb Julai 2008. Dari pagi sampailah ke malam, jalan-jalan kat KLCC-Pavilion-KLCC.

-ni lah first official date aku dengan dia, dia yang ajak aku keluar date secara rasmi-

And finally, after a few consideration, selepas aku fikir masak-masak semasaknya, dah goreng bakar abis hangus semua, since dia pun beriya-iya nak kan aku & sanggup tunggu aku, finally aku decide untuk beri dia peluang, and terima dia dalam hidup aku sebagai bf aku. =) Dan 16hb Julai 2008 pada jam 1pagi, kami declared sebagai couple. Y


-ini SMS yang dia hantar sebelum declare-

-dan ini SMS yang dia hantar masa tu kat aku bila dah declare-


Baby love Yayunk so much!!!

=)

-ILU-

0 comments: