"I CHERISH MY FRIENDS WHEN I CALLED ONE 'A FRIEND'. AND I HAVE THEIR BACK FOR THOSE WHO ARE NEAR ME.
THOSE THAT I HELD AS A FRIEND, THEY WILL NOT ONLY BE A FRIEND, BUT THEY ARE A FAMILY."

Monday, October 31, 2011

Nando's Peri-Peri Sauces



Aku suka dgn Nando's Garlic Peri-Peri and Extra Hot Peri-Peri sos. Makan dgn nasik kosong panas telur dadar, xpn maggi sup, hehe... makan dgn goreng2 mcm ayam ke, nuget ke, sausage ke, pun best gak. Xpn, wat sandwich pun cantek. ♨

Antare Hot Peri-Peri dgn Extra Hot Peri-Peri, better lg Extra Hot Peri-Peri.
Yang Garlic Peri-Peri lak, kurang pedas but ada rasa garlic, nyum, mmg best. *^_^*

Sunday, October 30, 2011

AdieAsy Photography

Aku teramat lah bosan harini. So ni la yang aku buat.

Monday, October 24, 2011

Keturunan 2

Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut, Suku dan Luak. Perut adalah unit sosio- politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. 

Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak. Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. 

Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. 

Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang.

Luak Tanah Mengandong ialah satu kawasan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, di mana mengandungi lima luak kecil yang setiap satu diketuai oleh Penghulu Luak.
Lima luak kecil iaitu Luak Inas, Luak Jempol, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Ulu Muar. Kelima-lima Penghulu Luak ini adalah dibawah kuasa Yang DiPertuan Besar. Luak Tanah Mengandong ini adalah luak yang kelima selepas empat luak utama.

Biduanda, nama salah satu suku. Dipercayai suku asal yang ahlinya keturunan Orang Asli tempatan. Ahli suku ini sahaja yang boleh menyandang pusaka Undang atau Penghulu disemua luak Adat Perpatih melainkan luak Gunung Pasir dan luak Terachi. Ia dipecahkan pada beberapa suku yang popular, senarainya seperti berikut:

Biduanda (Luak Sungai Ujong)  Biduanda Ayer Kuning (Luak Inas) 
Biduanda Betawi (Luak Inas)  Biduanda Buah Peta (Luak Inas) 
Biduanda Chenerong (Luak Inas) 
Biduanda Dagang Gemencheh (Luak Johol) 
 Biduanda Gating (Luak Inas)    Biduanda Gempa (Luak Johol) 
Biduanda Gemencheh (Luak Johol)  Biduanda Inas (Luak Johol) 
Biduanda Jenang (Luak Johol) 
Biduanda Jakun Kampung Tebat (Luak Rembau) 
Biduanda Jawa (Luak Ulu Muar)  Biduanda Kabung (Luak Johol) 
Biduanda Kebangsa (Luak Inas)  Biduanda Keru (Luak Tampin) 
Biduanda Kelang, Labu (Luak Sungai Ujong)
 Biduanda Kuala Punggur (Luak Inas) 
Biduanda Kuala Sawah/Rantau (Luak Sungai Ujong) 
Biduanda Melana (Luak Inas) 
Biduanda Mendatang (Luak Jempol) 
Biduanda Menteri (Luak Johol) 


Biduanda Mendatang (Luak Jempol) Suku ini wujud dalam luak Jempol dan bernaung di bawah suku Biduanda Waris. Anggota suku ini ialah pendatang dari Johol, Pahang, Pulau Pinang dan Muar, Johor. Suku ini tidak berlembaga. Buapak dalam suku ialah Tuk Kaya Menteri sebagai ketua dan setiap kumpulan pendatang mempunyai buapak sendiri iaitu Tuk Jegarang (pedatang dari Johol), Tuk Gompo (pendatang dari Pahang), Tuk Duka Menteri (pendatang dari Pulau Pinang) dan Tuk Gompo Muda (pendatang dari Muar/ Johor). Mereka ini diberi pesaka sebagai pegawai di Balai Penghulu Luak Jempol. Tuges mereka dimasa lalu ialah sebagai pembakar lamat (meriam) dan mengatur kelengkapan adat istiadat di balai.

Suku Biduanda Waris, mempunyai kaitan rapat dengan orang Asli. Terdapat lima perut terlingkung dalam suku mereka (Perut Biduanda Jawa, Perut Chingcang, Perut Paduka Tuan, Perut Menteri, dan Perut Sialang Putih).



Biduanda Waris (luak Ulu Muar)

Suku ini wujud di luak Ulu Muar. Penghulu Luak, Datuk Bendahara Setia Maharaja Setia Maharaja Lela Pahlawan dipilih daripada suku ini. Bakal Penghulu Luak, Datuk Perdana juga datang daripada suku ini. Bakal Datuk Perdana ialah Datuk Perba. Orang Besar suku ini bergelar Datuk Shahbandar. Perut dalam suku terdiri daripada perut Pasir Panjang, perut Gemetir, perut Kayu Ara. Buapak suku ini ialah Tuk Raja Indera (perut Pasir Panjang) dan Tuk Jong Kaya (perut Kayu Ara).

SEJARAH LUAK ULU MUAR


Ikatan tali perdaudaraan antara Penghulu Luak Ulu Muar dengan kerabat DiRaja Seri Menanti sudah bermula sejak Rja Melewar berkahwin dengan Sani anak perempuan Penghulu Naam, Penghulu Luak yang pertama. Gabungan kekeluargaan itu kekal hingga sekarang. Hubungan tersebut dijelaskan dalam perbilangan:


Darah setitik dari keadilan
Tanah sekepal dari air kaki

Gelaran penyandang pesaka Penghulu Luak Ulu Muar ialah Dato' Bentara Setia Maharaja, Setia Lela Pahlawan. Pesaka ini diwarisi oleh suku Biduanda yang menguatkan anggapan bahawa emaknya adalah daripada waris Biduanda berketuruna Orang Asli. Proses perlantikan Penghulu Luak Ulu Muar berlaku apabila Dato' Penghulu Luak meninggal dunia atau meletakkan jawatan:

a) Meninggal dunia :
Pesaka akan digantikan oleh Dato' Perdana. Pesaka Dato' Perdana pula diambil alih oleh Dato' Purba. Dengan ini pesaka yang kosong yang perlu dibuat perlantikan baru ialah Dato' Purba. Gelaran Dato' Perdana dan Purba ini jelasdiambil sempena dengan tokoh yang datang bersama Mogek Si Ramo mudik Sungai Ulu Muar itu. Kekosongan pesaka Dato' Purba itu digantikan oleh perut daripada waris Dato' Penghulu yang meninggal dunia. Sekiranya Dato' Perdana atau Dato' Purba pula yang meninggal dunia, penggantinya diambil dariperut masing-masingbagi menjamin proses pemilihan Dato' Penghulu tidak terganggu mengikut aturan dan giliran masing-masing.

b) Meletakkan jawatan: 
Proses perlantikan apabila berlakunya perletakan jawatan(pesaka) tidak banyak mengubah aturan giliran. Kedudukan Daro' Perdana dan Dato' Purba tidak berubah. Pengganti Dato' Penghulu mestilah daripada perut yang terdekat dengan penghulu berkenaan.
Lima orang penghulu terawal menyandang pesaka tidak diketahui dari pada perut mana. Tetapi selepas penghulu yang keenam ditetapkan tiga perut berhak secara bergilir-gilir menjadi Penghulu Luak Ulu Muar. Dato' Perdan dan Dato' Purba. Perut berkenaan terdiri daripada:

1. Perut Pasir Panjang
2. Perut Gementir
3. Perut Kayu Ara

Di samping Dato' Perdana dan Dato' Purba, seorang lagi tokoh daripada suku Seri Lemak Pahang bergelar Dato' Baginda Maharaja merangkap "Haluan Sembah" kepada Penghulu Luak. Pesaka ini bermula daripada Khatib Akhir atau nama sebenarnya Haji Salleh iaitu ayah kepada Penghulu Naam. Ketika menjadi penghulu Dato' Naam hanya berumur enam tahun. Dalam tempoh inilah ayahnya Haji Khatib(Khatib Akhir) membantu Penghulu Luak dalam pengurusan adat istiadat. Apabila Dato' Naam dewasa dia telah menganugerahkan gelaran pesaka Dato' Baginda Maharaja sebagai seorang Orang Besar Luak bertaraf  lembaga. Semasa istiadat mengadap di Istana Seri Menanti, Dato' Baginda maharaja mendahului Dato'-dato' Lembaga di Tanah Mengandung mengadap sebagai serampu Lembaga.


NAMAGELARAN PESAKANAMA SUKU
3. YM Dato' Mohd Azim Al-AinDato' Purba                 Bakal Penghulu LuakBiduanda Waris  (Gemetir)




Keutamaan Wanita Adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki.

Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. 

Harta Sepencarian

Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita yang di bahagi mengikut hukum Islam. Harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).


Harta Pusaka Tidak Boleh Dijual Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual. Dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Maka sehingga hari ini, suasana itu terbukti apabila daerah Port Dickson bukan merupakan pengamal adat Perpatih, sementara daerah seperti Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah dinobat sebagai antara pengikut kuat kepada adat ini.       
                                                                               

Prinsip-prinsip Adat Perpatih Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya. 

2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya. 

3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya. 

4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat. 

5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.


Amalan Adat Perpatih Masakini Pada masa ini Adat Perpatih di Negeri Sembilan hanya diamalkan pada urusan-urusan tertentu sahaja seperti nikah kahwin, pemberian pusaka dan perlantikan pemimpin. Selain daripada itu amat kurang adat ini dipraktikkan.

Pembahagian Harta
Persoalan yang sering wujud mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih.


Lebih Lanjut Mengenai Luak Jempol Luak Tanah Mengandong (Luak Jempol).pdf

Kerabat & Keturunan

Asal-usul atau salsilah keturunan Raja Jembal ini bermula daripada seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja Bersiong yang telah singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kota Jembal (asalnya Kedai Lalat), kira-kira 10 kilometer dari Kota Baharu. Raja Bersiong ini dikatakan membawa dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan seorang lagi bernama Tuan Puteri Mani Kemian.  


Ada cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu berasal dari ‘buluh betung’ dan Tuan Puteri Mani Kemian itu terbit dari ‘buih’. Raja Bersiong dikatakan telah mewasiatkan supaya  anak cucunya tidak memakan sayur REBONG buluh betong dan tidak membenarkan anak cucunya membuat alat-alat rumah atau alat-alat pertanian dan lain-lainnya daripada buluh betong. Oleh itu, anak cucu Raja Jembal tidak memakan sayur rebung buluh betong yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu sejak dulu hingga sekarang. Selain itu mereka juga tidak digalakkan memakan sejenis ikan bernama ikan kekacang, sama seperti keturunan Long Gaffar dan Long Yunus.


Sejarah keturunan Raja Jembal itu bermula daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua duanya anak angkat Raja Bersiong. Setelah kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti telah diisytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan beberapa daerah lain di Kelantan.
Hasil daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani itu lahirlah Raja Loyar, Raja Omar, Raja Bahar dan beberapa orang putera dan puteri lagi. Keturunan Raja Jembal yang ada sekarang ini ialah cucu cicit kepada Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian itu.
Pemerintahan Raja Jembal di Kelantan berakhir setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung pada tahun 1725. Walaupun pemerintahan Raja Jembal telah berakhir, namun kesan sejarahnya masih wujud dengan adanya makam Raja Loyar, makam Raja Omar dan makam Raja Bahar yang telah dibaiki dan dibina semula oleh pihak Muzium Negara dalam tahun 1970an.  Makam-makam ini terletak di sekitar Kedai Lalat.


Sebuah sekolah menengah di Kedai Lalat telah diberi nama Sekolah Menengah Raja Sakti dan sebuah sekolah rendah di pekan yang sama diberi nama Sekolah Kebangsaan Raja Bahar. Kerabat keturunan Raja Jembal sekarang berada di sekitar Kota Jembal, Pulau Melaka (termasuk keturunan Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat), Sering dan di daerah-daerah lain di Kelantan dan mereka masih lagi mengekalkan adat istiadat serta menggunakan bahasa diraja atau bahasa lstana dalam pertuturan antara sesama mereka.


RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu.
Raja Abdullah merupakan putera kepada Raja Bahar dan
suami kepada Puteri Saadong. Puteri Saadong adalah puteri kepada Raja Loyor dan Paduka Cik Siti Wan Kembang.

Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.



Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.
 Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat.





(Berikut petikan dari: http://pkrjk.blogspot.com/2007/07/sejarah-kerabat-raja-jembal-kelantan.html)

Kelantan Abad Ke 15
•Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam) menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.
•Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465. Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat.
•Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah. Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur (Onang Kening) bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528).
•Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur.
•Cucunda Raja Gombak iaitu Raja Ahmad ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584 berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu sepupu Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
•Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun. Raja Hussein dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.
•Tahun 1610, Raja Hussin mangkat. Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja. Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
•Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur. Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab. Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’. Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.

Asal-usul Kerajaan Jembal
•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka. Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar. Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.

Pertabalan Raja Sakti
•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
~ Raja Adiluddin (Raja Loyar)
~ Raja Bahar (Raja Udang)
~ Raja Omar (Raja Ekok)
~ Raja Sungai
~ Puteri Sayu Bari
~ Puteri Unang Melor
~ Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar
•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu
roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang
puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.
Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah
•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota
sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di
sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.