Ada cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu berasal dari ‘buluh betung’ dan Tuan Puteri Mani Kemian itu terbit dari ‘buih’. Raja Bersiong dikatakan telah mewasiatkan supaya anak cucunya tidak memakan sayur REBONG buluh betong dan tidak membenarkan anak cucunya membuat alat-alat rumah atau alat-alat pertanian dan lain-lainnya daripada buluh betong. Oleh itu, anak cucu Raja Jembal tidak memakan sayur rebung buluh betong yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu sejak dulu hingga sekarang. Selain itu mereka juga tidak digalakkan memakan sejenis ikan bernama ikan kekacang, sama seperti keturunan Long Gaffar dan Long Yunus.
Sejarah keturunan Raja Jembal itu bermula daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua duanya anak angkat Raja Bersiong. Setelah kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti telah diisytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan beberapa daerah lain di Kelantan.
Sejarah keturunan Raja Jembal itu bermula daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua duanya anak angkat Raja Bersiong. Setelah kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti telah diisytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan beberapa daerah lain di Kelantan.
Hasil daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani itu lahirlah Raja Loyar, Raja Omar, Raja Bahar dan beberapa orang putera dan puteri lagi. Keturunan Raja Jembal yang ada sekarang ini ialah cucu cicit kepada Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian itu.
Pemerintahan Raja Jembal di Kelantan berakhir setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung pada tahun 1725. Walaupun pemerintahan Raja Jembal telah berakhir, namun kesan sejarahnya masih wujud dengan adanya makam Raja Loyar, makam Raja Omar dan makam Raja Bahar yang telah dibaiki dan dibina semula oleh pihak Muzium Negara dalam tahun 1970an. Makam-makam ini terletak di sekitar Kedai Lalat.
Sebuah sekolah menengah di Kedai Lalat telah diberi nama Sekolah Menengah Raja Sakti dan sebuah sekolah rendah di pekan yang sama diberi nama Sekolah Kebangsaan Raja Bahar. Kerabat keturunan Raja Jembal sekarang berada di sekitar Kota Jembal, Pulau Melaka (termasuk keturunan Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat), Sering dan di daerah-daerah lain di Kelantan dan mereka masih lagi mengekalkan adat istiadat serta menggunakan bahasa diraja atau bahasa lstana dalam pertuturan antara sesama mereka.❞
Sebuah sekolah menengah di Kedai Lalat telah diberi nama Sekolah Menengah Raja Sakti dan sebuah sekolah rendah di pekan yang sama diberi nama Sekolah Kebangsaan Raja Bahar. Kerabat keturunan Raja Jembal sekarang berada di sekitar Kota Jembal, Pulau Melaka (termasuk keturunan Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat), Sering dan di daerah-daerah lain di Kelantan dan mereka masih lagi mengekalkan adat istiadat serta menggunakan bahasa diraja atau bahasa lstana dalam pertuturan antara sesama mereka.❞
RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah yang terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu.
Raja Abdullah merupakan putera kepada Raja Bahar dan suami kepada Puteri Saadong. Puteri Saadong adalah puteri kepada Raja Loyor dan Paduka Cik Siti Wan Kembang.
Selepas istiadat perkahwinan tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.
Pemerintahan Raja Abdullah dan Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal. Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.
Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat.
(Berikut petikan dari: http://pkrjk.blogspot.com/2007/07/sejarah-kerabat-raja-jembal-kelantan.html)
Kelantan Abad Ke 15
•Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam) menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.
•Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465. Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat.
•Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah. Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur (Onang Kening) bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528).
•Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur.
•Cucunda Raja Gombak iaitu Raja Ahmad ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584 berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu sepupu Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
•Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun. Raja Hussein dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.
•Tahun 1610, Raja Hussin mangkat. Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja. Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
•Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur. Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab. Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’. Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.
Asal-usul Kerajaan Jembal
•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka. Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar. Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.
Pertabalan Raja Sakti
•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
~ Raja Adiluddin (Raja Loyar)
~ Raja Bahar (Raja Udang)
~ Raja Omar (Raja Ekok)
~ Raja Sungai
~ Puteri Sayu Bari
~ Puteri Unang Melor
~ Puteri Cempaka Bongsu
Kelantan Di Bawah Raja Loyar
•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu
roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.
Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
•Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang
puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.
Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah
•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota
sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di
sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.
0 comments:
Post a Comment