"I CHERISH MY FRIENDS WHEN I CALLED ONE 'A FRIEND'. AND I HAVE THEIR BACK FOR THOSE WHO ARE NEAR ME.
THOSE THAT I HELD AS A FRIEND, THEY WILL NOT ONLY BE A FRIEND, BUT THEY ARE A FAMILY."

Thursday, September 07, 2017

Talak

Pada asalnya, lafaz talak yang jelas itu menjatuhkan talak, sekalipun tanpa niat. Ini termasuklah menyebut perkataan cerai. Manakala, lafaz talak yang kinayah (tidak jelas, kiasan), tidak menjatuhkan talak melainkan jika disertakan niat  ketika ucapan itu disebut.

Ini berdasarkan sebuah hadis hukum yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya: Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk.

Riwayat Abu Daud  (2194). Syeikh Syuaib berkata hadis ini hasan li ghairih.

Namun begitu ulama menjelaskan terdapat enam keadaan suami yang melafazkan talaq secara sarih tidak menjatuhkan talaq:

| Orang yang tidur
| Orang yang gila
| Orang yang sabq al-lisan (terlepas cakap)
| Orang yang menyeru; yakni jika seseorang itu memiliki isteri yang bernama “Taliq” yang bermaksud orang yang diceraikan.
| Penggunaan lafaz yang tidak difahami
| Dipaksa dan mabuk atas sebab uzur 

Pada menghuraikan keadaan yang ketiga (orang yg sabq al-lisan), kami memetik kenyataan daripada kitab al-Muʿtamad fi al-Fqh al-Syafie (4/164) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili:

“Jika seseorang lelaki terlepas cakap melafazkan talak tanpa berniatkan makna bagi huruf-huruf talaq, maka lagha, tidak jatuh talak. Begitu juga jika seseorang melafaz talak kerana menceritakan kisah orang lain, atau seorang ahli fiqh yang berulang-kali menyebut talak dalam pengajaran dan contoh yang diberi, maka lagha juga, kerana tiada niat.”

Justeru tidak jatuh talak bagi keadaan seperti yang diceritakan oleh penanya diatas dan tidak perlu dirujuk.

Penuh: AL-KAFI #596: MENYEBUT LAFAZ TALAK TANPA NIAT
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor. http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1536-al-kafi-596-menyebut-lafaz-talak-tanpa-niat

Rukun talak ada lima iaitu:

l suami;

l lafaz yang digunakan;

l kepada siapa talak itu diqasadkan (diniatkan)

l isteri; dan

l talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami.

Manakala, Seksyen 55A akta tersebut antara lain memperuntukkan, "Seseorang yang menceraikan isterinya dengan lafaz di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah hendaklah dalam masa tujuh hari daripada lafaz talak itu, melaporkannya ke mahkamah."

Apabila suami puan menyatakan. "… kita sudah tidak ada apa-apa lagi. Setakat ini sajalah antara kita berdua…", ia merujuk kepada lafaz kinayah atau lafaz secara sindiran di mana kata-kata itu tidak jelas dari segi niat suami ketika melafazkannya.

Oleh itu puan perlu membuat pengesahan terhadap kata-kata yang dilafazkan oleh suami puan di Mahkamah Syariah.

Hanya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa menentukan sama ada sesuatu lafaz talak itu sudah sah ataupun tidak.

Sehingga Mahkamah mengesahkan perceraian tersebut, puan dan suami masih pasangan suami isteri yang sah.

Berkaitan persoalan rujuk, jika mahkamah sudah mensabitkan lafaz talak yang suami lafazkan sebelum itu sebagai sah, maka rujuk yang berlaku ketika dalam tempoh idah atau selepas tamat tempoh idah isteri.

Puan haruslah segera merujuk kepada mahkamah syariah bagi menghilangkan kesangsian puan. Aduan ini boleh dilakukan oleh puan tanpa kehadiran suami.

Jika suami enggan untuk membuat aduan ke mahkamah, puan sendiri boleh membuat aduan tersebut. Seperti yang dinyatakan di atas, hanya hakim Mahkamah syariah yang layak memutuskan sama ada perceraian dan rujuk sudah berlaku serta jumlah talak. Ini bagi memudahkan proses selepas pengesahan talak tersebut, iaitu untuk pendaftaran perceraian bagi mendapatkan sijil cerai atau pendaftaran rujuk bagi mendapatkan sijil rujuk.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0213&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm#ixzz4rwnSVhqs © Utusan Melayu (M) Bhd