Bila aku sayang atau cinta seseorang tu, aku akan sayang atau cinta dengan sepenuh hati aku.
Itu yang pasti.
Samada aku tunjuk dengan tak tunjuk atau orang nampak atau tak nampak je.
Bila aku sayang atau cinta seseorang tu, aku akan care or ambil berat pasal orang tu sangat-sangat.
Ada kat sesetengah orang aku tunjuk, ada kat sesetengah orang plak aku tak tunjuk.
Kalau dia kenal aku dan faham aku, dia boleh nampak and rasa sendiri yang aku ni sayang atau cinta dia dan aku ni cara sangat-sangat kat dia tanpa aku bagi tahu, and tanpa aku tunjuk selalu.
Dan aku juga akan pertahankan sekuat-kuatnya daripada kehilangan orang tu. Sebab, aku tak nak kehilangan orang tu.
Tapi ada satu perkara yang tak ada siapa pun tahu atau sedar.
Aku akan sanggup lepaskan orang tu, tak kira lah macam mana sakit sekali pun hati aku ni sampaikan aku rebah, untuk kebahagiaan orang tu.
Kalau orang tu sayang atau cinta someone lebih dari sayang atau cinta aku, aku akan lepaskan orang tu sebab orang tu akan lagi bahagia dengan someone tu lebih dari dengan aku.
Kalau orang tu mencintai aku atau sayang aku dan pada masa yang sama orang tu juga mencintai atau sayang someone yang lain, (sudah tentu orang tu tak kan tahu nak pilih aku atau dia. dan sudah tentu juga orang tu tak kan boleh nak lepaskan atau kehilangan someone tu.) aku akan lepaskan orang tu kepada someone tu (untuk senangkan situasi, tak payah pening-pening, biar aku je yang decide untuk undur diri.).
Kalau orang tu dah tak sayang atau cinta aku sebanyak mana orang tu pernah sayang atau cinta aku, aku akan lepaskan orang tu (sebab aku tak boleh terima atau teruskan bersama orang tu dalam keadaan orang tu cuma sayang atau cinta aku separuh je. tak kisah lah kalau orang tu selindung dari aku sekalipun, aku boleh rasa, itu kebolehan aku, aku boleh dapat rasa kehilanag cinta atau sayang orang tu kat aku. jadi aku akan rasa sangat-sangat sakit.)
Kenapa aku ni senang sangat nak lepaskan orang yang aku cinta atau sayang?
Bukan senang sebenarnya, tapi itulah yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
Dan hanya kerana aku sayang atau cinta kan orang tu, aku cuma nak kan yang terbaik untuk dia dan juga aku cuma nak kan dia bahagia.
Kalau bukan aku kebahagiaan dia, aku lepaskan.
Kalau dia dah tak/kurang sayang atau cinta aku seperti sebanyak sebelum ni dengan sepenuh hati dia, maknanya aku bukan kebahagiaan dia, jadi aku lepaskan.
Ada orang tak mahu lepaskan kerana sayang atau cinta.
Tapi cuba fikirkan, apa gunanya kalau aku memaksa dia untuk pilih aku dan tinggalkan someone tu, atau aku paksa dia untuk sayang atau cinta aku balik seperti sebelum ni iaitu dengan sepenuh hati dia, atau aku paksa dia untuk stay dengan aku sebab aku tak mahu kehilangan dia.
Tak ada guna.
Sebab, keadaan hubungan kami tak kan sama lagi.
Sebab, aku dah tak kan rasa bahagia bersama dia kalau cinta atau sayang dia pada aku dah tidak lagi sepenuh hati.
Lalu, aku akan sakit yang teramat sangat dan aku tak sanggup nak berlinang air mata aku setiap hari dengan rasa sakit pada jantung aku seperti seolah-olah dilumat-lumat dan digenggam-genggam macam nak membunuh aku.
Jadi, ada baik nya kalau aku undur kan diri aku, tanam cinta dan sayang aku tu sedalam-dalamnya, dan lupakan segala kenangan, buat selamanya.
ITU AKU.
Aku tak akan teragak-agak untuk undurkan diri.
0 comments:
Post a Comment