"I CHERISH MY FRIENDS WHEN I CALLED ONE 'A FRIEND'. AND I HAVE THEIR BACK FOR THOSE WHO ARE NEAR ME.
THOSE THAT I HELD AS A FRIEND, THEY WILL NOT ONLY BE A FRIEND, BUT THEY ARE A FAMILY."

Thursday, August 17, 2017

Sebahagian Pengajaran Untuk DiJadikan Ikhtibar Dalam Perkahwinan

Saya terjumpa cerita dibawah dan disini saya sertakan. Baca dan hadam perkara ini bukan hanya dengan melihat dari satu sudut.


Seorang suami jumpa saya katanya isterinya derhaka padanya. Dia baru ceraikan isterinya. Sebab dia nak kahwin lain. Isterinya tak benarkan...dia dah tak balik rumah 2 minggu.
"Kenapa perempuan susah sangat nak bagi. Kalau mereka tak bagi mereka berdosakan ustaz. Isteri saya derhaka..."
Sedih saya dengar. Allah sayang abang...Abang ada anak berapa orang? Saya Ada 3 orang anak.

Jawab saya apa yang wajib kita bimbing mereka. Iman yang betul. Solat awal waktu. Kenal Sunnah Nabi saw. Jaga agama. Taat suami. Buat dakwah. Tutup aurat. Didik anak dengan sunnah Nabi saw dan sederhana. Bawa fikir agama. Islamkan 5 bilion manusia. Kalau mereka tak solat mereka masuk neraka. Tapi kalau suami mereka tak poligami mereka masuk neraka ke? Tidak.... Kadang-kadang memilih apa yang lebih utama itu penting. Rasulullah saw nak semua orang masuk syurga. Takkan kita biarkan isteri kita masuk neraka.
Jika sehingga terpaksa ceraikan isteri maknanya abang tak mampu. Semua kewajiban mereka buat dan mereka akan masuk syurga. Tapi cuma sebab mereka tak taat 1 perkara kita letak mereka dalam derhaka. Ingatlah satu perkara tak dapat kahwin lain juga pasti satu ketentuan Allah. Pasti tiada yang tak sangaja. Urusan dan ketentuannya. Pasti ada kebaikan. Isteri kita buat silap kita maafkan kerana Allah. Tetapi janganlah kita yang buat silap itu. Kita lelaki dan ketua rumahtangga.
Suami yang mencintai isterinya dan ada fikir agama tidak akan pernah hukum isterinya derhaka selagi dia tak menduakannya. Memaafkannya atas kekurangan lain. Begitu juga seorang ibu yang baik tidak akan memberi hukuman derhaka pada anaknya. Bahkan seorang suami yang baik akan terus membimbing dan sayang isterinya supaya isterinya masuk syurga..tidak akan melepaskannya hanya kerana 1 perkara yang belum pasti..
Bagaimana seorang yang beragama tergamak ceraikan isteri yang bersamanya ketika susah, menangis bersamanya selama ini,yang jaga anak-anaknya dan taat selama ini serta kita telah beri mereka sejuta janji hanya kerana seorang wanita lain yang baru dikenalinya.
Bagaimana kita boleh bahagia dengan kita hancurkan hati isteri amanah Allah selama ini. Tak teringat ke wajah anak-anak abang 3 orang. Apa pandangan mereka pada abang jika ibu mereka diceraikan kerana seorang wanita. Mereka akan benci ayahnya. Jika ayahnya orang baik, mereka akan kata esok saya besar saya tak mahu kahwin orang macam ayah saya yang pergi masjid.
Poligami melibatkan bukan seorang bahkan melibatkan tiga orang. Ia perkara mulia dan kemuncak taat seorang wanita. Ramai wanita yang mampu. Lagi ramai yang tak mampu. tetapi jika ia memudharatkan diri dan mereka rasa tersiksa dan menangis sepanjang hari di mana hati dan perasaan seorang suami.
Buat yang telah laluinya. Berlaku adil lah kerana Allah. Ia amanah Allah yang sangat besar. Isteri saling bertolak ansur dan saling mendoakan satu sama lain. Poligami satu perkara yang sangat mulia. Sedar ia perkara yang halal dan mulia. Tetapi tak semua orang mampu. Terimalah hakikat itu

Kata abang tadi "InsyaAllah ustaz saya faham. Saya akan betulkan. Saya akan rujuk semula dengan isteri saya. Saya akan perbaiki diri saya. Saya tak bawa pun dia ke majlis ilmu. Tak sempat lagi solat malam sama-sama. Saya sayang isteri dan anak-anak saya. Terima kaseh ustaz..."
Saya doakan abang bahagia. Allah beri syurga yang tinggi buat abang kerana menjaga amanah keluarga ini dengan baik 

- Ustaz Ebit Lew


Perkara yang saya highlightkan itu bukan sahaja merujuk pada topik poligami tetapi merangkumi dari segi perkahwinan secara keseluruhannya. Iaitu hubungan suami-isteri.

0 comments: