"I CHERISH MY FRIENDS WHEN I CALLED ONE 'A FRIEND'. AND I HAVE THEIR BACK FOR THOSE WHO ARE NEAR ME.
THOSE THAT I HELD AS A FRIEND, THEY WILL NOT ONLY BE A FRIEND, BUT THEY ARE A FAMILY."

Sunday, June 01, 2014

Resepi Pantang Selepas Bersalin

Reference: SirapLimau.com

1. Ikan Masin Lada Hitam
Tumbuk dan gaul sebati ikan masin (digoreng tanpa minyak) dan lada hitam. Perah asam limau jika suka.

2. Ikan Tenggiri Kering
Goreng layur ikan bersama hirisan halia, tumbuk bersama lada besar (2 biji) dan bawang besar (1/2 biji). Hidang bersama nasi panas.

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam
Goreng layur bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan lada hitam, ditumbuk campur sedikit garam. Hidang bersama nasi panas.

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Goreng ikan masin (kurau @ talang) dan asingkan. Tumis 1 labu bawang besar, 5 tangkai cili kering, 3 ulas bawang putih, 1/2 inci halia. Bila garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula. Masukkan kembali ikan masin.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma
Goreng ikan bilis dan masukkan bahan hirisan 3 batan serai, 1 bawang besar, 1 inci halia, 6 helai daun limaupurut, 6 biji cili padi.

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Goreng ikan bilis dan asingkan. Tumis cili mesin 1 sudu, masukkan jeruk lobak dan ikan bilis. Masukkan telur dan gaul hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam
Tumbuk lada hitam, halia dan kunyit. Masukkan santan direneh bersama bahan tumis, hingga pekat. Masukkan Ikan bilis dan garam.

8. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bakar ayam/daging dengan bahan perap 4cm halia muda, 3cm kunyit dan garam. Hiris dan hidangkan dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan air asam jawa.

9. Sambal Tok-tok
Tumbuk kasar ikan bilis, cili padi dan bawang, perah limau.

10. Ayam Goreng Selera Pantang
Lumur ayam dengan garam serta sedikit 4 biji bawang merah, 1cm halia, 2 ulas bawang putih, 1cm kunyit dan 1cm lengkuas. Panggang ayam. Tumis bahan tumbuk tadi, masukkan jintan tumbuk (1 sudu jintan manis, dan 1/2 sudu jintan putih), air asam jawa 1/2 cawan sebagai cicah.

0 comments: