1. Ikan haruan2. Ikan yu3. Ikan selar4. Ikan gelama5. Ikan jenahak6. Ikan merah7. Ikan tenggiri8. Ikan kurau9. Ikan bawal putih10.Ikan senangin11.Ikan kerisi12.Ikan kod13.Ikan bilis14.Ikan siakap15.Ikan salmon
SUP IKAN
Bahan:IkanAir masakSedikit minyak bijan (pilihan)1 ulas halia (diketuk atau dihiris)1 biji tomato (dibelah 4)1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)1 ulas bawang merah (ditumbuk)4 ulas bawang putih (ditumbuk)1 keping asam kepingSedikit daun sup dan daun bawangGaram (secukup rasa)
Cara 1:1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.2. Masukkan air dan tomato.3. Apabila mendidih masukkan ikan.4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)5. Taburkan daun sup dan daun bawang6. Biar seketika dan tutupkan api
Cara 2:1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia2. Masukkan tomato.3. Apabila mendidih masukkan ikan.4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)5. Taburkan daun sup dan daun bawang6. Biar seketika dan tutupkan api
STEAM IKAN
Bahan:Ikan2 Halia (dihiris)1 biji tomato (dibelah 4)Sedikit daun sup dan daun bawangGaram (secukup rasa)
Cara:1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan2. Steam sampai ikan masak
SINGGANG IKAN
Bahan:IkanAir masak1 ulas bawang merah (dihiris)2 ulas bawang putih (dihiris)1 cm lengkuas (dihiris)1 batang serai (diketuk)1 keping asam kepingGaram (secukup rasa)
Cara:1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.2. Bila dah mendidih, masukkan ikan
IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
Bahan:1 keping ikan tenggiri4 gm halia - di hiris dan di goreng3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng2 sudu makan minyak bijan1-2 sudu makan kicap manis1/2 sudu teh serbuk kunyit1/2 sudu teh garamMinyak masak
Cara:1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit2. Biarkan selama 20 minit.3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.4. Ketepikan.5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.6. Masukkan ikan semula.7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.8. Angkat ikan.9. Taburkan halia goreng di atasnya
IKAN TENGGIRI MASAK AIR
Bahan:2 keping ikan tenggiri400 ml air20 gm halia – di hiris5 helai daun pegaga – di hiris3 ulas bawang putih – di hiris½ sudu kecil serbuk lada hitam.Garam secukup rasa
Cara:1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa
IKAN TENGGIRI MASAK ASAM
Bahan:3 keping ikan tenggiri5400 ml air30 gm halia – di hiris3 ulas bawang putih – di hiris½ cawan air asam jawa½ sudu kecil serbuk lada hitam.Garam secukup rasa
Cara:1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak
SUP IKAN TENGGIRI
Bahan:1 Ketul ikan tenggirisedikit minyak bijan4 ulas bawang putih dicincangseulas halia diketuk1 biji tomatosedikit daun sup
Cara:1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.2. Masukkan air dan tomato.3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.4. Biar seketika dan tutupkan api
IKAN HARUAN GORENG REMPAH
Bahan:1 ekor ikan haruan – di potong30 gm halia – di tumbuk2 ulas bawang merah – di tumbuk2 sudu besar sos lada hitam1 sudu rempah ikan1 sudu kecil kunyit serbukGaram secukup rasaMinyak masak
Cara:1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.5. Curahkan kuah ke atas ikan
IKAN HARUAN KUKUS
Bahan:1 ekor ikan haruan1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris30 gm halia – di hiris halus2 ulas bawang putih – di hiris halus1 sudu besar serbuk lada hitam1 biji limau nipis – di ambil jusnyaGaram secukup rasa.Air secukupnyaSedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris
Cara:1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.3. Masukkan sedikit air. Didihkan4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar
SUP IKAN HARUAN
Bahan:1 ekor ikan haruan – di potong500 ml air.2 sudu besar minyak jagung.30 gm halia – di tumbuk3 ulas bawang merah – di tumbuk2 ulas bawang putih – di tumbuk1 sudu besar lada hitam – di tumbuk1 keping asam kepingGaram secukup rasa.Bawang goringDaun bawang dan daun sup – di hiris
Cara:1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.2. Masukkan air.3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.4. Masukkan asam keping dan garam.5. Masak hingga mendidih.6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup
IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH / YU BERLADA
Bahan:1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu1 sudu besar serbuk lada hitam1 sudu besar serbuk jintan manisBawang putih, halia – kisar halus1 sudu teh serbuk kunyit2 sudu besar pati asam jawa1 biji bawang besar – potong bulat1 biji cili merah dan hijau – di hirisGaram secukup rasa
Cara:1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.3. Goreng sederhana garing. Tepikan4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.5. Masukkan jintan manis6. Masukkan pati asam jawa7. Masukkan gula.8. Biar mendidih.9. Masukkan lada hitam10. Masukkan garam secukup rasa.11. Kemudian masuk ikan.12. Biar kuah pecah minyak.13. Apabila ikan masak, perlahankan api.14. Masukkan bawang besar15. Masukkan cili
IKAN GELAMA MASAK ASAM
Bahan:2 ekor ikan gelama1 biji bawang besar – dihiris5 ulas bawang putih - dihiris1 ketul halia – dihiris1 biji cili merah – dihiris1 mangkuk air asam
Cara:1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.3. Masukkan air asam dan garam.4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi
IKAN BAWAL KUKUS HALIA
Bahan:1 ekor ikan bawal putih1 1/2 inci halia-potong tipis1 inci kunyit-potong tipis3 ulas bawang putih-potong tipis2 sudu besar kicap manis1 sudu teh lada hitam serbuk,garam1 btg karot, bunga kubis
Cara:1. Lumurkan ikan dgn kicap, lada hitam dan garam.2. Perap seketika.3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil4. Siram baki perapan kicap atas ikan5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak
IKAN PANGGANG BERKARI(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)
Bahan:Ikan1 sudu besar serbuk kari1 sudu besar serbuk kunyit1 sudu besar serbuk lada hitamGaram (secukup rasa)
Cara:1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam2. Lumurkan di atas ikan3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven
IKAN PANGGANG HALIA MUDA
Bahan A (diperap)2 potong ikan tenggiriSedikit garamSedikit kunyitSedikit cuka
Bahan B (dihiris)3 cm halia muda1 biji bawang besar4 ulas bawang merah3 ulas bawang putihSedikit minyak
Cara:1. Lumurkan bahan A pada ikan.2. Perap selama ½ jam.3. Kemudian panggang ikan hingga masak.4. Tumis bahan B hingga naik bau.5. Tabur atas ikan.6. Siap untuk dihidang
IKAN PINDANG(ikan merah, jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)
Bahan:2 atau 3 ketul ikan1 labu bawang putih (dihiris)5 ulas bawang merah (dihiris)1 - 2 batang cili merah (dihiris)5 cm lengkuas (diketuk)5 cm kunyit (dihiris)5 cm halia muda (dihiris)1 batang serai (diketuk)3 – 4 keping asam gelugor4 cawan airGaram secukup rasaMinyak untuk menumis
Cara:1. Panaskan minyak2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.3. Tuang air dan biarkan mendidih4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.5. Masukkan serai6. Masukkan asam keping dan garam
IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM
Bahan:50 gm ikan bilis3 cawan air1 cawan santan pekat10 gm kunyit – di tumbuk3 ulas bawang merah – di tumbuk1 sudu kecil lada hitam – di tumbukGaram secukup rasa
Cara:1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata
IKAN BILIS BERKUNYIT
Bahan:50 gm ikan bilis20 gm ibu kunyit2 sudu kecil lada hitamPucuk pegaga atau daun selom secukupnya
Cara:1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman
IKAN BILIS DAUN KARI
Bahan:50 gm ikan bilis – di goreng1 genggam daun kari2 ulas bawang merah – di hiris2 ulas bawang putih – di hirisMinyak masak
Cara1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat
0 comments:
Post a Comment