He used to give me butterflies. But its been a while since i last felt it. I forget how it feels like. The thrilled. And nowadays I’ve got butterflies again. But….not you.
Wednesday, July 22, 2026
Saturday, October 29, 2022
Poligami???
Macam macam rupanya yang kau buat untuk dia. Kau tanggung hidup dia, bayar bil bil dia, bayar komitmen dia, bagi dia makan. Tapi wife dengan anak kau, kat rumah terbiar. Diabaikan oleh kau. Makan minum kau tak pernah tanya. Nafkah kau tak bagi, barang dapur kau tak tanggung, kau tak beli, memanjang kata duit takda. Walhal gaji kau seminggu beribu, habis kat perempuan tu semuanya. Sampaikan duit bkm hak wife dan anak kau pn kau sebat satu sen pun kau tak bagi, kau guna untuk bersukaria, keluar dating dengan perempuan tu. Sampainya hati kau, rezeki kau dapat tu bukan milik kau semuanya, tapi tumpang rezeki isteri dan anak kau, tapi kau habiskan semuanya kat perempuan tu.
Kau masuk hotel sana sini dengan perempuan tu. Kau tak balik rumah, kau tido hotel dengan perempuan tu. Kau pergi outstation bawak perempuan tu. Gaji kau bag dia, kau utamakan dia lebih dari isteri dan anak kau. Kau prioritize kepentingan dan keperluan dia dari isteri dan anak kau. Kau siap tanggung coway dia. Kau siap ambik hibah untuk dia. Sampai hati kau. Walhal isteri kau selalu ajak dan berharap kau ambik insurance untuk dia, tapi kau, untuk perempuan tu semua nya boleh. Kau bawak dia ke tempat kerja kau. Tiap2 hari bersama. Kau bawak di kehulu hilir dengan kau. Wife kau? Kau abaikan kat rumah. Kau kata kau sibuk sampai takda masa nak mesej nak call sampai kau marah wife kau cakap kau busy, tapi kau 24jam berkepit call mesej dia masa kau tengah kerja. Dia ada dengan kau, hp kau tinggalkan kat dia pegang dan gunakan alasan tu kata tak perasan wife kau mesej call tak sempat reply dan sebagainya. Wife kau ada dengan kau, hp kau bwk merata, setiap meseh call perempuan tu kau tak lekang jawab dalam kesibukan kau kerja. Adil ke tu? Kau kata kau mampu, tapi kau siap suruh wife kau kerja untuk bantu kau sebab kewangan kau tak perlu kerja keras sangat, yela sebab kau sibuk nak menabung untuk kau nikah dengan dia, masa nak sahkan wife kau dulu takda pulak kau beriya macam tu nak menabung bagai. Sekenal2 aku dengan kau, kau tak pernah menabung, dengan perempuan ni kau sibuk menabung.
Kau kata takda duit bila wife kau minta makan, tapi bila perempuan tu tak makan, ada je duit kau nak beli dia makan order grab setiap hari. Dengan wife kau pun kau tak beriya sampai macam tu.
Apa yang kau mampu untuk nak tambah 1 lagi? Mampu ikut mana kalau sampai wife kau kena bantu kau? Aku dah kata kau tak mampu nak poligami, kau berkeras jugak kata mampu. Kalau kau mampu, kau tak perlukan isteri kau untuk bantu kau dan kau akan tanggung sepenuhnya tak kurang sikit pun, itu maksud mampu. Sampaikan keluarga kau fikir aku lah yang menghabiskan duit anak dia, walhal anak dia berhabis duit berfoya2 dengan perempuan lain.
Allah bagi poligami untuk dapat keredhaan dia, untuk kau jalankan tanggungjawab jaga wanita. Bukan poligami atas dasar cinta. Dan wife kau sedia ada tu kau tak jaga, tapi jaga melebih2 pulak kat perempuan yang belum pn jadi sah dengan kau tu.
Kau kata kau boleh adil, setakat adil dalam kononnya beri duit sama rata, duit yang belum pernah wujud sepanjang perkahwinan kau 8 tahun, kau diam2 bagi dia duit beli dia makan tapi isteri kau kat rumah tak makan pun kau takda ambik tau. Itu kau kata adil? Padahal duit kau tu rezeki atas doa wife kau, rezeki yang Allah bagi untuk keluarga kau, bukan hak perempuan yang bukan mahram tu. Tanggung anak orang, anak kau pun yuran kau tak bayar sampai kena buang sekolah.
Kau kata boleh bagi masa sama rata, tapi layanan kau je dah tunjuk kau tak adil. Kau layan dia bagaikan permaisuri, wife kau, kau layan macam sampah. Itu kau kata adil? Kau cinta dia tapi tak cinta wife kau, itu kau kata adil? Aku kata dah kau takkan adil. Dan kau takkan boleh adil. Kau nak bertekak jgk dengan aku pasal tu.
Perasaan kau je dan tunjuk kau tu tak adil.
Aku kata kau kalau poligami, makin berkurang la semuanya sebab kau nak kena bagi perempuan tu pulak. Lepas tu kau kata wife kau tolak poligami. Kau tanggung wife kau elok dulu sepenuhnya cukup segala nafkah, makan 2x sehari setiap hari, jaga nafkah batin wife kau yang kau abaikan tu, jaga nafkah tempat tinggal wife kau yang tak pernah kau sediakan tu. Ini semua nya nafkah wife kau tak pernah lengkap, banyak kurangnya, tak pernah lebih, tak pernah cukup. Tapi kau sibuk dengan poligami.
Sunday, July 10, 2022
Mencintai orang yang mencintai orang lain.
Aku tak tau macam mana nak hilangkan rasa sakit ni. Sumpah aku penat, penat menahan rasa sakit. Sumpah aku give up. Hati kau sekarang pada orang lain. Kau benci aku.
Bila segala memori tentang kau dan dia singgah dikepala aku, Allah je yang tau betapa rasa sakit tu sehingga aku terasa ingin mati.
"Kalau bukan sebab you wife i, i dah tinggalkan you."
"Kalau bukan sebab perkahwinan ni, I memang akan tinggalkan you dan pilih dia."
"I pilih you hanya sebab kita ni dah kahwin."
"I cintakan dia lebih dari you."
"Cinta i pada you dah lama hilang."
"I dengan you hanya tanggungjawab."
Hanya kerana kau tak boleh pergi kat dia, sebab hubungan kau tak direstui keluarga kau.
Allah. Aku speechless. Sumpah aku speechless.
Kau hancurkan hati aku dan bila aku pergi tinggalkan kau, kau merayu pujuk aku kembali. Kau halang aku untuk pergi. Memujuk aku untuk terus mencintai kau. Tapi kau terus hancurkan hati aku, lagi, dan lagi, dan lagi, dan sekarang kau lafazkan semua tu.
Tapi kau masih menghalang aku bila aku give up dan ingin pergi dari kau untuk merawat hati aku. Kenapa? Kenapa? "hanya kerana mempertahankan perkahwinan." tapi untuk apa? "hanya kerana anak." lebih baik aku mati jela sial! Selesai masalah. Kau pun tak payah pening² nak fikir pasal tanggungjawab atas aku dan kau boleh bebas. Dan aku pun tak akan dah rasa sakit kerana tersakiti oleh orang yang aku cinta bernama suami yang mencintai perempuan lain yang bukan aku.
Monday, May 09, 2022
Malam ini, aku menangis lagi kepada Allah. Tangisan yang tiada kesudahannya. Airmata mengalir tanpa henti. Selama sejam aku terduduk di penjuru, tak dapat tahan lagi air mata dan tangisan aku. Kerana aku tak dapat nak luahkan pada dia. Dan kerana dia tiada disini. Aku cuma boleh mohon agar dia dapat merasakan perasaan aku. Sekarang aku masih lagi merasakannya. Airmata masih lagi mengalir walaupun tiada lagi tangisan. Hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasakan.
Monday, May 02, 2022
Di Hening Pagi Raya Dan Berkumandangnya Takbir Raya
Sunday, May 01, 2022
Raya
Termenung aku dari pagi. Aku rasa raya kali ni macam hambar. Tak ada rasa teruja sikit pun di hati aku. Sama je rasa seperti lalui hari hari biasa. Semak. Kepala aku semak. Hati aku, jiwa aku....kosong. Tak ada rasa nak sambut raya tahun ni. Ada apa dengan raya tahun ni? Takda apa apa.
Thursday, August 19, 2021
Saturday, August 14, 2021
Bila aku ingatkan semuanya dah ok. Rupanya palsu semuanya.
24 tahun lalu, pernah aku mengingati diri aku sendiri bahawa tidak akan pernah ada kebahagiaan untuk aku. Dan kerana perkara ini lah yang membuat aku ingin bunuh diri berkali-kali. Dari 24 tahun lalu, dan masih beberapa kali sehingga kini.
Tapi aku bodoh, sebab masih letakkan harapan yang kebahagiaan itu wujud. Walhal dah berapa kali harapan aku tu dihancurkan.
Bila aku fikir yang akhirkan aku dah dapat diperlihatkan kebahagiaan. Kau...ye, kau Hadi, membuktikan pada aku yang benda tu cuma bayangan aku dan akan terus kekal sebagai bayangan dan takkan pernah jadi kenyataan.
Friday, September 07, 2018
Ragam lilzombie
Tunggu hujung minggu nak bawa lilzombie jalan². Hari² tiap pagi bangun je dia akan ajak jalan. Pagi tadi tiba² menangis² sayu bunyi dia dalam tidur antara sedar dan tidak, terbawa mimpi gayanya selalu bangun pagi tak dapat ikut orang keluar kerja dia nak berjalan. Sedar je dia terus kejut kita duduk depan pintu bilik tak putus² ajak pakai shoes nak jalan kata dia. Bila tengok kita tak bangkit², mula lah dia ajak merayu². Bawa breakfast kejap, balik taknak masuk rumah, angkat nak bawa masuk dia berpegang kat pagar. Hai lah anak.
Tuesday, April 10, 2018
Memukul Dalam Islam
Islam memberi garis panduan tentang cara memukul untuk pengajaran agar pukulan tidak mendatangkan mudharat, iaitu tidak boleh memukul dengan pukulan keras, tidak boleh memukul pada wajah dan pada anggota-anggota yang mudah cedera.
. . . . . . .
Firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala maksudnya : “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”
(Surah an-Nisa: 34)
Walaupun suami dibenarkan untuk memukul isteri, namun tujuan pukulan tersebut adalah bagi masalah suami sendiri iaitu supaya isteri kembali taat semula kepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika suami tidak memukul isteri jika dirasakan tidak perlu.
. . . . . . .
Nusyuz
Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.
Terdapat tujuh perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz itu ialah seperti berikut:
Pertama : Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.
Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.
Peristiwa ini pernah berlaku dizaman Rasulullah SAW apabila seorang suami tidak membenarkan isterinya keluar rumah tanpa izinnya semasa beliau bermusafir. Walaupun kematian ayah wanita tersebut, Nabi SAW tidak membenarkan wanita itu keluar rumah untuk menziarahi jenazah ayahnya. Oleh kerana ketaatan wanita ini maka Nabi SAW menjelaskan bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosa ayah wanita tersebut.
Kedua : Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau taun.
Ketiga : Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.
Keempat : Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau letih bukan alasan yang menasabah.
Kelima : Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.
Keenam : Isteri mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.
Ketujuh : Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain, selalu chatting, talipon dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya.
Monday, December 04, 2017
My LIL Zombie A.H. Growth
Teething
Bottom middle 6months
Top middle 7months
Top 2nd 9months
Bottom 2nd 13months
Graham all four 14months
Fangs top left 14months
Fangs top right 15months
Fangs below left 18months
Movement
Roll 4-5months
Reverse 5-6months
Foward 6-8months
Pull up body 8months
Crawl 9-10months
Stand 10-11months
Walk 11months-12months
Run 17months
Communicate simple words 16months
Communicate words with meaning 17months
Numbers 18months
Milk
Snow 0-1months
Bebelac 1-4months
Lactogen 1 4-7months
Lactogen 2 7months-1year
Lactokid 3 1year
Wednesday, October 11, 2017
Pening
Nampak tenang...boleh bual boleh gelak boleh senyum boleh duduk santai... tapi banyak benda dalam kepala.
Aku ambik job kena depo dulu utk running sebab aku bukannya berduit pun, nak bergerak minyak kena beli, tol kena bayar, kereta ke motor ke, kalau pakai teksi pun ingat free ke.
Dan job aku ambik tu kena lah berbayar bukan sebab aku nak sangat duit, tapi pasal aku ada anak nak kena tanggung makan minum pakai dan hidup dia.
Kalau dulu boleh la aku tak kisah kalau takda job pun takpa sebab makan sekali sehari pun aku boleh hidup, sakit takda ubat pun takpa masih boleh hidup. Pernah lebih setahun tanpa bantuan sebarang ubat aku boleh hidup.
Sekarang kalau sakit kena cepat sihat, kalau tak anak aku pun jangkit sakit sekali. Anak nak membesar, perut dia tak boleh fikir macam perut aku, sakit dia tak boleh la nak biar dia sihat sendiri.
Aku ambik job pun sebab anak aku, kalau takda anak, duduk rumah diam-diam takda income pun takda hal lah. Biar pun hidup aku makan roti hari-hari pun takpa, tapi hidup anak aku takkan nak dia minum susu manis bancuh air hari-hari? Ada fikir? Kalau anak aku sakit mati esok korang nak tanggung? Kalau mati yang mati anak tu aku bukan kau kan? Anak kau masih hidup betul?
Aku jaga anak aku cara aku. Kalau aku kata tak boleh maka tak boleh. Kalau anak aku dah besar boleh hidup sendiri aku tak kisah biar lantak dia boleh fikir sendiri baik buruk kalau orang suruh pandai-pandai lah fikir elok ke tak untuk diri sendiri. Tapi anak masih kecik, kena tolong tengok, tolong jaga, tolong fikirkan.
Rezeki anak sentiasa ada, betul. Aku dapat job pun tu rezeki anak aku, hak anak aku, bukan hak orang lain. Aku terpaksa guna duit anak aku, jadi aku niat nak ganti balik. Aku dapat job, sbb niat nak ganti duit dia. Jadi dapat duit aku kena la ganti blk duit dia. Faham? Aku minta tolong tangan lebih untuk siapkan job sebab job tak boleh buat sorang, tolong biarlah ikhlas bukan harapkan dapat duit. Ada lebih lepas ganti apa patut, aku bagi. Aku bagitau jujur berapa aku dapat sebab takda berahsia.
Thursday, September 07, 2017
Talak
Pada asalnya, lafaz talak yang jelas itu menjatuhkan talak, sekalipun tanpa niat. Ini termasuklah menyebut perkataan cerai. Manakala, lafaz talak yang kinayah (tidak jelas, kiasan), tidak menjatuhkan talak melainkan jika disertakan niat ketika ucapan itu disebut.
Ini berdasarkan sebuah hadis hukum yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ
Maksudnya: Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk.
Riwayat Abu Daud (2194). Syeikh Syuaib berkata hadis ini hasan li ghairih.
Namun begitu ulama menjelaskan terdapat enam keadaan suami yang melafazkan talaq secara sarih tidak menjatuhkan talaq:
| Orang yang tidur
| Orang yang gila
| Orang yang sabq al-lisan (terlepas cakap)
| Orang yang menyeru; yakni jika seseorang itu memiliki isteri yang bernama “Taliq” yang bermaksud orang yang diceraikan.
| Penggunaan lafaz yang tidak difahami
| Dipaksa dan mabuk atas sebab uzur
Pada menghuraikan keadaan yang ketiga (orang yg sabq al-lisan), kami memetik kenyataan daripada kitab al-Muʿtamad fi al-Fqh al-Syafie (4/164) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili:
“Jika seseorang lelaki terlepas cakap melafazkan talak tanpa berniatkan makna bagi huruf-huruf talaq, maka lagha, tidak jatuh talak. Begitu juga jika seseorang melafaz talak kerana menceritakan kisah orang lain, atau seorang ahli fiqh yang berulang-kali menyebut talak dalam pengajaran dan contoh yang diberi, maka lagha juga, kerana tiada niat.”
Justeru tidak jatuh talak bagi keadaan seperti yang diceritakan oleh penanya diatas dan tidak perlu dirujuk.
Penuh: AL-KAFI #596: MENYEBUT LAFAZ TALAK TANPA NIAT
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor. http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1536-al-kafi-596-menyebut-lafaz-talak-tanpa-niat
Rukun talak ada lima iaitu:
l suami;
l lafaz yang digunakan;
l kepada siapa talak itu diqasadkan (diniatkan)
l isteri; dan
l talak itu dijatuhkan dengan kekuasaan suami.
Manakala, Seksyen 55A akta tersebut antara lain memperuntukkan, "Seseorang yang menceraikan isterinya dengan lafaz di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah hendaklah dalam masa tujuh hari daripada lafaz talak itu, melaporkannya ke mahkamah."
Apabila suami puan menyatakan. "… kita sudah tidak ada apa-apa lagi. Setakat ini sajalah antara kita berdua…", ia merujuk kepada lafaz kinayah atau lafaz secara sindiran di mana kata-kata itu tidak jelas dari segi niat suami ketika melafazkannya.
Oleh itu puan perlu membuat pengesahan terhadap kata-kata yang dilafazkan oleh suami puan di Mahkamah Syariah.
Hanya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa menentukan sama ada sesuatu lafaz talak itu sudah sah ataupun tidak.
Sehingga Mahkamah mengesahkan perceraian tersebut, puan dan suami masih pasangan suami isteri yang sah.
Berkaitan persoalan rujuk, jika mahkamah sudah mensabitkan lafaz talak yang suami lafazkan sebelum itu sebagai sah, maka rujuk yang berlaku ketika dalam tempoh idah atau selepas tamat tempoh idah isteri.
Puan haruslah segera merujuk kepada mahkamah syariah bagi menghilangkan kesangsian puan. Aduan ini boleh dilakukan oleh puan tanpa kehadiran suami.
Jika suami enggan untuk membuat aduan ke mahkamah, puan sendiri boleh membuat aduan tersebut. Seperti yang dinyatakan di atas, hanya hakim Mahkamah syariah yang layak memutuskan sama ada perceraian dan rujuk sudah berlaku serta jumlah talak. Ini bagi memudahkan proses selepas pengesahan talak tersebut, iaitu untuk pendaftaran perceraian bagi mendapatkan sijil cerai atau pendaftaran rujuk bagi mendapatkan sijil rujuk.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0213&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm#ixzz4rwnSVhqs © Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, August 21, 2017
Baby Experience - 9 months now
Thursday, August 17, 2017
Sebahagian Pengajaran Untuk DiJadikan Ikhtibar Dalam Perkahwinan
Seorang suami jumpa saya katanya isterinya derhaka padanya. Dia baru ceraikan isterinya. Sebab dia nak kahwin lain. Isterinya tak benarkan...dia dah tak balik rumah 2 minggu.
Monday, October 24, 2016
58 Kelebihan Wanita Solehah Dalam Kitab Riyadus Solihin
=================================
Bahagian 1
=================================
1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapak
dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang
senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akandiharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan keturunan Nabi Ismail AS.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca
“Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya (tidak berkahwin lain utk membesarkan anak-anaknya) akan tinggal dekat dgn aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
58 Kelebihan Wanita Solehah Dalam Kitab Riyadus Solihin
=============================
Bahagian 2
=============================
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”.
“Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (500 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
=============================
Bahagian 3
=============================
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid..
26. Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajibbaginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
=============================
Bahagian 4
=============================
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian
suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
=============================
Bahagian 5
=============================
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak”. Sabda Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah dirumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang
lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” , Allah akan berkahkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. “Wahai Fatimah, untuk wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana
wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
=============================
Bahagian 6
=============================
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, “Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid”.
Catatan:
Point-point dari status ini terdapat di dalam kitab:
1. Kanzul ‘Ummal
2. Al-Misykah
3. Riadlush Shalihin
4. Uqudilijjain
5. Bhahishti Zewar
6. Al-Hijab
Mudah-mudahan dapat diambil ibrahnya...
