"I CHERISH MY FRIENDS WHEN I CALLED ONE 'A FRIEND'. AND I HAVE THEIR BACK FOR THOSE WHO ARE NEAR ME.
THOSE THAT I HELD AS A FRIEND, THEY WILL NOT ONLY BE A FRIEND, BUT THEY ARE A FAMILY."

Monday, May 09, 2022

Malam ini, aku menangis lagi kepada Allah. Tangisan yang tiada kesudahannya. Airmata mengalir tanpa henti. Selama sejam aku terduduk di penjuru, tak dapat tahan lagi air mata dan tangisan aku. Kerana aku tak dapat nak luahkan pada dia. Dan kerana dia tiada disini. Aku cuma boleh mohon agar dia dapat merasakan perasaan aku. Sekarang aku masih lagi merasakannya. Airmata masih lagi mengalir walaupun tiada lagi tangisan. Hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rasakan. 

Monday, May 02, 2022

Di Hening Pagi Raya Dan Berkumandangnya Takbir Raya



Duduknya aku disini. Tak dapat aku gambarkan, sebaknya yang menyelubungi hatiku sekarang. Di pagi ini air mataku mengalir. Kuatkah aku? Mampukah aku?

Sunday, May 01, 2022

Raya

Termenung aku dari pagi. Aku rasa raya kali ni macam hambar. Tak ada rasa teruja sikit pun di hati aku. Sama je rasa seperti lalui hari hari biasa. Semak. Kepala aku semak. Hati aku, jiwa aku....kosong. Tak ada rasa nak sambut raya tahun ni. Ada apa dengan raya tahun ni? Takda apa apa.